Friday, December 25, 2009

Cinta Sejati

Kisahnye bermula begini. Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya.

Gadis : Perlahankanlah sikit moto nie.. saye takot la

Si Lelaki : Tak nak.. bawak laju-laju macam nie ler seronok...

Gadis : Tak.. tak seronok pun.. tolonglah.. saya takut sangat nie..

Si Lelaki : Kalau awak nak saya perlahankan motosikal nie.. awak kene kata awk cintekan saye dulu...

Gadis : Ok. Saya cintakan awak..cepat lah awak, perlahankan motor nie...

Si Lelaki : Ok.. sekarang awak peluk saya kuat-kuat...

Gadis : Yer la2...macam-macam la awak nie...


*si Gadis Memeluk Lelaki tadi dengan erat *

Si Lelaki : Awak.. boleh awak tolong tanggalkan topi keledar saya tak?? Kemudian pakaikan kat awak..Saya rasa tak selesa lah.. Nanti saya perlahankan motor nie yer....

*****

Dalam SURAT KHABAR keesokkan harinya :
Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek. Dua mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut, namun hanya satu daripada mereka terselamat.

Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si Lelaki telah mendapati yang brek
motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu...

Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan " Saya cintakan awak " dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya, dia juga memberikan topi kaledarnya kepada Si Gadis mengharapkan kekasihnya itu selamat... Walaupun itu bererti dia akan terkorban.

Jadi sekiranya ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang anda
cintakannya untuk selamanya sebelum terlambat...

Thursday, December 17, 2009

The True Story [KRU Version]

To all peminat KRU.. di sini ade sedikit info utk korg. Tahukah anda, dari mana KRU mendapat ilham utk membuat lagu dan lirik utk lagu2 mereka? Klau anda rasa diorg dpt ilham time tgh lepak2 isap rokok, or dlm mimpi, or time bertapa, korg salah sama sekali. Smua lirik dlm lagu2 diorg sbnrnya menceritakan pengalaman sebenar diorg. Ikuti dan hayati cerpen (cerpen bermaksud cerita pendek, bukan cerita pendekar mahupun ceramah pendidikan) di bawah ni. cerpen di bawah telah diolah dan ditambah sedikit meggi cukup rasa utk menjadikan cerita lebih sedap. Jgn baca time keje. Baca time tgh free utk mendapat feel n menjiwai watak.

----


Di sebuah pekan di Pekan, tinggal seorg pemuda berupa paras sederhana bernama Norman. Norman mempunyai seorg kekasih bernama Cherrina. Mereke telah menjalinkan hubungan selama hampir setahun. Tarikan utama pada Norman yg membuatkan Cherrina tertarik adalah bakat Norman yg kreatif menggubal lagu dan pandai bersastera ikhtis
as. Lagu pertama yg dicipta Norman seawal perkenalan mereka ialah “Apa Saja”.

"..Untukmu kasih, ku cuba meraih bintang di angkasa, walau tak terdaya, kan ku ikhtiar, untukmu kasih, gembira bersedih, selagi ku bernyawa, untukmu kasih, ku korban apa saja.."


Norman menyatakan hasratnya dan berjanji sanggup berkorban apa saja demi cinta. Cherrina bersyukur walaupun tidak memiliki muka yg cantik dit
ambah pula badan yg agak besar, tetapi Norman dapat menerima seadanya. Ada juga Norman menulis lagu untuk tidak membuat Cherrina terasa hina yg diberi tajuk “Sempurna”.

"..Tiada kurangnya kau lebih besar, tiada hodohnya kau kurang jelita, kerna apabila kita selami, sempurnakah kau di dalam hati? tiada bezanya tinggi atau rendah, kau tetap manis walau tak secerah, terimalah walau bagaimana kau dicipta, di dalam diri pasti kau sempurna.."


Namun kegembiraan mereka tidak kekal lama. Cherinna telah ditimpa kemalangan akibat dilanggar oleh Norman sendiri sewaktu beliau mengundurkan kereta proton iswara hitamnya. Norman tidak perasan Cherrina ada di belakang kereta sedang asik mengisi ba
rang2 shopping ke dalam boot. Cherrina disahkan koma dan harapan utk dia sedar kembali terlalu tipis. Norman telah menulis sebuah lagu utk mengingati peristiwa ini dgn memberi tajuk “Cherrina”.

"..Sungguh tidak ku sangka begini akhirnya, atas kecuaianku dirinya tiada. tak mungkin dapat ku lupa peristiwa itu, kini tinggal ku sendiri bertemankan pilu, oh Rina.."


Hampir dua tahun Cherrina koma. Norman tekad utk meninggalkan Cherrina dan pergi membawa diri ke bandar Kuala Lumpur dan bekerja di sana utk melupakan semua kisah2 pahit dan pilu yg dilaluinya. Norman tinggal bersama dua adiknya yg lain, Yusry dan Edry yg menyewa rumah di situ. Yusry seorg yg agak liar dan suka bersosial tak ingat akhirat. Seb
agai seorang manusia yang lemah, Norman turut terpengaruh dgn Yusry. Berbeza pula dgn Edry yg lebih suka melepak di rumah bak seorg anak dara sunti.

Aktiviti utama mereka adalah berkaraoke. Asal ade masa terluang je mereka akan pegi ke tempat karaoke berhampiran. Pada suatu hari, sedang mereke berseronok, tiba2 Norman ternampak seorg gadis yg dia tak pernah tgk sblm ni. Gadis itu memiliki ciri2 wanita idamannya. Balik dari karaoke, Norman terus mendapat idea untuk menulis lagu. Lagu diberi tajuk “Ooh! La! La!..” dicipta untuk menggambarkan kegembiraannya.


"..Oh aku bukannya mudah utk jatuh cinta, tapi k
ini ku percaya cinta pandang pertama, hey wanita, lihat apakah kau lakukan, aku hanyut dalam khayalan, gerak gaya dansamu menggoda, sukar utk dilupakan, siang malam ku fikirkan..".

Lepas abis menulis, Norman terus melelapkan mata.


Keesokkan paginya, Norman bangun dengan wajah yang berseri2 kerna teringatkn gadis semalam. Dia berhasrat utk berjumpa gadis itu sekali lagi. Pada malamnya, Norman ke tempat biasa dgn harapan akan berjumpa dgn gadis tersebut. Nasib menyebelahi Norman. Seperti sudah dirancang dan diatur, gadis itu pn mempunyai hasrat dan keinginan yg sama. Gadis itu mengenalkan dirinya sbg Emilia. Mereka berdua berborak panjang pada malam itu.


Hampir setiap malam mereka berjumpa di tempat yg sama. Sebuah lagi lagu telah ditulis oleh Norman bertajuk “Hanya Kau”.


"..Hari-hari ku doa agar terbuka hatimu, semoga
satu hari nanti kau terima cintaku, berapa lamakah lagi harus diriku tunggu terasa tidak tertahan perasaanku padamu.."

Mungkin tuhan mendengar luahan hati Norman. Pada suatu hari di tika pertemuan mereka, Emilia telah melafazkan kata azimat yg membuatkan hati Norman berbunga2. "aku cinta kamu" itu lah kata2 yg sering terngiang2 di telinga Norman. Norman menulis sebuah lagu utk mengingati peristiwa bersejarah dlm hidupnya bertajuk “Ulangkan Sekali Lagi”.


"..Ulangkan sekali lagi bisikan manis mu tadi, adakah ku bermimpi, adakah ku di syurga, ulangkan sekali lagi, benarkah apa yang kau kata, dikau mengharapkan cinta diri ku yang tak seberapa, ya, ku juga cintamu.."


Rezeki Norman mencurah2 semenjak bersama Emilia. Terbaru, Norman telah dinaikkan pangkat. Tidak seperti manusia lain, Norman tidak berasa gembira kerana dia terpaksa berpindah keje di Hong Kong. Bagaimana dgn Emilia? Adakah Norman akan meminta Yusry utk menjaganya. Tidak mungkin sama skali. Norman terpaksa akur dan membuat keputusan meninggalkan Emilia utk jangka masa yg akan diberitahu kemudian demi cita2nya. Malam sebelum hari berangkat, Norman berjumpa Emilia buat kali terakhir dan sempat menulis lagu. Lagu tersebut diberi tajuk “Berat”.


"..Berat sungguh nak ku mengucapkan kata perpisahan kerana dirimu amat ku sayangkan, esok ku harus pergi membawa diri jauh dari sini demi mengejar masa depan, moga kau fahami.."

Di Hong Kong, hari2 Norman hanya ditemani sunyi. Tiada lagi kedengaran gelak tawa dan senda gurau Emilia. Kebosanan yg melanda itu membuatkan Norman mendapat ilham utk menulis lagu buat kekasih hatinya yg berada jauh di mata itu. Maka terciptalah sebuah lagu yang bertajuk “Untukmu”.


"..Walau pun jauh pandangan mata, ku yakin kau kan tetap setia, begitulah ku jua... keikhlasan di jiwa dan cintaku hanyalah... untukmu.."

Dipendekkan cerita, tugas Norman di Hong Kong telah selesai dan tiba masanya utk pulang ke tanah air. Tidak sabar hatinya utk bertemu dgn Emilia. Norman sengaja merahsiakan kepulangannya konon2 nak buat surprise kat Emilia. Edry sudah menunggu Norman di airport. Edry kelihatan sedih dan seperti ada sesuatu yg mahu dikatakan. "Man, ko kena iku
t aku.. tp aku harap, ko akan tabah dan jgn sedih ape yg ko tgk nanti". Sepanjang perjalanan mereka tidak berkata apa2 dan berdebar2 hati Norman menanti apa yang dimaksudkan oleh adiknya itu.

Sampai di satu club, Edry terus menarik Norman masuk. Alangkah terkejutnya Norman apabila melihat kekasih hatinya berkepit dan berfoya2 dgn seorg lelaki yg agak berumur. Lelaki itu dikenali sbg Dato’ Y. "Dah berapa lama mereka menjalinkan hubungan sulit ni?". "Smggu lepas ko blah ari tu smpi la skrg". Dan2 time tu jgk la Norman dpt ilham mencipta
satu lagu dinamakan “Awas!”.

"..Pendapatmu usia tak material, walaupun dua kali gandamu, benarkah, benarkah kau menyintainya, ataupun kau berpura, semata hanya kerana harta.."


Pada malam itu, hati Norman terasa seperti diguris dgn pisau berkarat. Insan yg disayangi telah mendustakan cintanya. Di dalam kesedihan itu, ma
ka tercipta la lagu “Janji Tinggal Janji”.

"..Terpaksa ku relakan, tak daya ku halangkan, kerana ku tahu cintamu bukan lagi milikku, menanti hatimu kembali padaku, menanti purnama jatuh ke riba, beratnya dimata, sebaknya didada melihat kau bersama dirinya.."


Di setiap hari yang berlalu, Norman teringat saat2 bahagia bersama Emilia. Namun apakan daya, smua ni telah ditentukan. Setiap pertemuan akan berakhir dgn perpisahan. Cuma cara perpisahan itu kita boleh terima atau tidak. Namun Norman masih mengharap Emilia akan kembali padanya. Norman menulis sebuah lagu yg bertajuk “Emilia” sempena nama gadis yg dicintainya itu.


"..Mungkin tak selalu ku lafaz cinta, tak selalu
berdamping mesra yg kau pinta, meluka hatimu hingga mengalir air mata, oh sayang.. Ku berjanji jika kau kembali, sehingga nafas terakhir ku curah embun cinta, bersama suka duka setia kepadamu Emilia.."

Berat utk Norman menerima semua ni. Dia merasakan mungkin di atas segala apa yg dilakukan selama ni menyebabkan tuhan menurunkan ujian sebegini. Norman dah mula sembahyang dan tak bersosial seperti dulu lagi. Mula timbul rasa keinsafan dlm diri dan Norman menulis sebuah lagu ala2 nasyid diberi tajuk “Ampuniku”.


"..Terlantar dlm kekusutan, umpama tiada harapan, terlalu byk kesilapan terlanjur ku lakukan, ku tahu aku selalu terleka, ku tahu ku tak sempurna lima, timbul rasa insaf tersedar dari godaan dunia.."


Selang beberapa mggu, Emilia menghubungi Norman dan meminta maaf. Emilia berkata bahawa dia lebih bahagia bersama Dato’ Y kerana beliau mempu
nyai harta dan wajah yg agak tampan lagi matang. Lagu “Sayang” telah dilahirkan untuk menunjukkan rasa rela Norman melepaskan Emilia.

"..Tak ku pinta oh malapetaka, yg jatuh menimpa dan menguji cinta kita, namun aku tak sanggup lihatmu mengorban dirimu semata-mata utk ku, wahai sayang.. kau sepatutnya dicinta jejaka yg lebih sempurna.."


Hampir setahun hati Norman tak dimiliki dan dia pun masih belum bersedia utk mencari pengganti Emilia. Hatinya masih terluka. Lgpun dia tak jumpa lagi gadis yg betul2 boleh mengubat luka di hati.

Pada suatu hari, Norman ke satu pusat membeli belah utk membeli baju. Sedang asik Norman memilih baju tiba2 hidungnya diganggu dgn bauan yg agak w
angi. Norman terus menoleh ke arah bau itu. Tergamam Norman seketika apabila melihat sorg gadis yg agak cantik dan mempunyai senyuman yg menawan di hadapan matanya. Tetapi.. "mcm pernah tgk je minah ni? Tapi..kat mana ye?". Berfikir Norman sejenak sambil menggigit jari hantu sebelah kirinya. Akhirnya Norman teringat bahawa gadis itu adalah gadis yg pernah dicintainya suatu masa dahulu, Cherrina... Norman memberanikan diri utk menegur. Ternyata gadis itu adalah Cherrina, gadis yang pernah mencintai dirinya dan dia masih mengenali Norman walaupun telah koma hampir tiga tahun.

Mereka bersembang dan bertanya khabar. Mengenang nostalgia lama. Mungkin penantian Norman selama ni telah berakhir. Cinta lama kembali mekar. Cherrina yg dikenali dulu sudah jauh berbeza. Semakin lawa dan mempunyai susuk badan yg menawan. Malam tu Norman mendapat ilham menulis lagu bertajuk “2”.


"..Tak ku sedar sekali lagi, ku jatuh hati dgn kewanitaanmu, pada malam yg sempurna, terpegun daku terpesona, keanggunan lembut bicara, kita berdua bagai rela jatuh cinta utk kali ke dua.."


Keesokan harinya, Norman mengajak Cherrina utk makan bersama. Akan tetapi Cherrina meminta izin utk membawa seorg kawan. Norman menghormati permintaan Cherrina itu. Norman telah menempah meja utk tiga org di sebuah restoran lima bintang. Tiba saat dan ketika yg dinanti2kan. Norman yang telah tiba lebih awal menunggu Cherrina dgn penuh kesabaran dan hati yang berbunga2. Cherrina dtg dgn seorg lelaki yg agak kacak. Mungkin adik dia fiki
r Norman. "Norman, perkenalkan ni Adam, cinta hati saya. Sayang, ni Norman. Kawan baik baby kat pekan dulu."

Pedih hati Norman apabila mendengar kata2 Cherrina itu seperti luka yg diperah limau kasturi yang baru dipetik. Norman terus bangun dan meninggalkan restoran tersebut dengan hati yang hancur luluh. Lutut Norman terasa lemah sehingga dia terasa tak mampu untuk berdiri. Namun digagahkan jgk dirinya untuk memandu kereta balik ke rumah. Sampai di rumah Norman terus ke meja tulis dan menulis sebuah lagu tentang ape yg baru dialaminya. Lagu diberi tajuk “Seperti Yang Ku Jangka”.


"..Seperti yang ku jangka terjadi, tewas sekali lagi, menambahkan luka yang sudah ada, seperti yg ku jangka terjadi, cinta datang dan pergi, mungkin takdirku hidup menyendiri, harapan terakhir ku rupanya sama saja, denga
n yang terdahulu darinya, biarkan aku hidup tanpa belaian cinta, biar semua tahu ku kecewa.."

Akibat terlalu kecewa dgn cinta dan sering dilukai, Norman mengambil keputusan utk tidak jatuh cinta lagi. Kerana itu Norman sehingga skrg tidak berkahwin lagi walaupun adik2nya sudah berkahwin.


Sekian....


TAMAT
----

Begitulah kisah disebalik lagu2 yg dicipta oleh KRU sehingga mereka popular sehingga ke hari ini walaupun sudah bertapak dlm industri hiburan selama 18 tahun. Sbg tanda penghargaan dan menunjukkan tanda kesetian kami, cerpen ini akan diconvert kepada filem pendek (filpen) dan akan ditayang kepada umum pada bulan 10 tp tahun tak tau bila.


Barisan pelakon:


Izman sbg Norman


Safry sbg Yusry


Adli sbg Edry (org cina sebut Edli)


Arafat sbg Adam


Yan sbg Dato’ Y


Cherrina – vacant


Emilia – vacant


Oleh kerana UnC10 hnya dianggotai jejaka2 hingusan, untuk watak Cherrina dan Emilia, satu sesi ujibakat akan diadakan utk memilih calon2 yg sesuai. Calon2 mesti la menepati citarasa Izman kerana akan berlakon sbg kekasih Izman.

credit to Zupi (suami org) for this dummy poster

p/s: Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kene mengene ngan dunia realiti. Sekadar untuk hiburan buat peminat-peminat KRU (penulis juga adalah salah seorang kipas susah mati KRU). Semoga anda semua terhibur...

*p/s = playsafe (takut kena saman dgn KRU haha)

Wednesday, December 09, 2009

Jenis-jenis Status di Facebook

Berikut adalah sebahagian daripada jenis2 status di facebook yg slalu digunakan oleh ahli2 berdaftar untuk memeriahkan dan menghidupkan facebook sehingga menjadi popular mcm skrg ni. Ade status yg selesa dibaca dan ade jgk yg uncomfortable dibaca. anda yg tulis, anda yg menilai sendiri.

Status Super Update

Pegi mana dan bila pun slalu nk update status. Statusnya tidak terlalu panjang tp boleh buat org tak selesa bila baca sbb hal2 yg tak penting utk dihebohkan.


"Nak berak tp toilet penuh plak.."
"Dalam perjalanan menuju ke neraka.."
"Sedang ganti solat subuh..".

Status Emosi

Melepaskn kemarahan di status kerana ingin byk diberi komen dari kawan2 atau hanya sekadar melepas geram. Biasanya status jenis ini menceritakan tentang kisah hidup dan terkadang mengharap penyelesaian terbaik drpd kawan2.


"Kau slalu buat aku sedih.. lebih baik aku cari lain.."
"Kau kutuk aku boleh, tp ko tak boleh kena kutuk.."
"Benci.. benci.. benci.."

Status Mengeluh

Pagi, siang, malam ada je benda yg nk dikeluhkan. ade je yg tak puas hati.


"KL jam..!! panas plak tu.."
"Aduh hujan la plak, baru basuh kete td.."
"tak best la citer kat tv ni.. nk beli tv lain la"

Status Sombong

Mungkin tak smua dari kita yg berniat menyombongkan diri, tp terkadang org yg bacanya yg melabelkan kita sombong. ade jgk yg sengaja buat sombong sbb nk berlagak dgn kawan2.


"Otw to Paris.."
"Benz ku syg, tiba la masanya utk kamu mandi, aku mandikan syg ye.."
"Bosan la ari2 makan tempat mahal je.."

Status Puitis

Status jenis ini slalu diisi dgn kata2 mutiara, tp kadang2 kita tak paham maksudnye. Nak buat org terharu? nk buat org berfikir? atau saja nk org komen byk2? Smp skrg masih tidak diketahui motif org yg tulis status mcm ni.


"Kita ibarat malaikat bersayap satu. dan hanya bisa terbang bila saling berpelukan.."
"Jika kau hidup smp seratus tahun, aku ingin hidup seratus tahun kurang sehari agar aku tidak akan rasa hidup tanpamu.."
"Mencintai dan dicintai adalah seperti merasakan sinar matahari dari kedua sisi.."

Status Kreatif

Status jenis ini sama seperti jenis2 di atas. Tp org yg guna status ni kena berusaha lebih skit kerana menggabungkan perkataan inggeris menjadi bahasa melayu.


"i can tooth, you pink sun.." (i kentut, u pengsan)
"mum pose cow!!" (mampus kau)

Status Manja Konon

Status utk org yg rajin menaip. org normal biasa menggunakan short form tp org jenis ni suka guna long form dgn ejaan dilebihkan. kdg2 nmpk mcm manja. kdg2 nmpk mcm gedik. depends on sape yg tulis la.


"pagiieey yang cewrah.."
"shedaaaap ayam itew.."

Status Kaki Wayang

Update filem yg baru abis ditonton dan bagi komen.


"Transformers 2 best.. tak sabar nk tggu yg 5 pnya.."
"bodow la citer New Moon.. Edward patut kawin dgn Jacob.."

Status Misteri
Status yg ditulis biasanya akan buat org tertnya2. utk siapa? apa motif sebenar? ape yg berlaku? Satu2 ayat yg normal mengandungi subject + predicate + object + explanation. tp status jenis ini mungkin hanya mengambil sebahagian atau hanya satu saja. dan yg pastinya mengundang kontroversi.

"Sudahlah.."
"Telah berakhir.."
"Hmmmm.."

Status Nyanyok
Status jenis ni buat org tak selesa. Mungkin maksudnya nak tulis kat wall kawan tp tulis kat wall sendiri.

"Hai apa khabar?"
"Saya keja di ABC, awak keja mana?"
"kau pegi dgn sape lagi?"

Status Music-holic

Menjadikan lirik2 lagu sbg status yg mungkin ade kaitan tentang kisah hidupnya atau ape yg baru dialaminya.


"Seperti yg ku jangka terjadi, tewas sekali lagi, menambahkn luka yg sudah ada, seperti yg ku jangka terjadi, cinta dtg dan pergi, mungkin takdir ku hidup menyendiri.."
"Aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis. jika kekasih hatiku pergi meninggalkan aku"

Status Gila Bola

Slalu tulis status pasal team kesayangan dan mengutuk team kebencian. status2 mcm ni slalu dpt "like" dari kawan2 yg meminati team yg sama.


"Man U the best.. Chelshit, Arsengal, Liverfool pegi mati la"
"Chelsea baca yasin je abis setan merah lari bertempiaran"

Status Hidden Message

Status ni biasanya tak to the point, tp sbnrnya ditujukan kpd seseorg tertentu dgn harapan org tersebut membacanya. padahal boleh tulis kat wall org tersebut atau hantar msg je.


"For u ******, i cant live without u.. u r my oxygen.."
"woi laki.. dulu ko rampas gf aku, skrg aku rampas gf ko plak"
"Tima kasih **** sbb belanja aku jajan td"

Status Motivasi

Status ini biasanya menjadi motivasi utk user2 fb yg lain.


"kesusahan dan keperitan hidup, mengajar kita erti dewasa, memberi peluang utk kita dekati pada tuhan yg sering kita lupa.."
"dunia ni ibarat roda, kadang kita di atas, kadang kita di bawah, kadang kita di bawah je klau roda dh berkarat.."


Anda slalu guna status jenis yg mcm mn?

Saturday, December 05, 2009

Random Shots :: Uncomfortable10 Forever

Credit to @Izuardi for uploading the pics in Friendster. Credit to @Safri for being Official Photographer of Unc10.

We need to ensure this blog will continue growing as much as we are trying to grow ourself.


"Membuat onar at Sunway Lagoon"


"Once a loser, always a loser"


"Buffalo's soldier"


"Izuardi.net's Birthday"



"Uncomfortable10@The^Curve"



Regards,
Uncomfortable^Eddy.
Chairman, Uncomfortable10 Incorporated.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails