Friday, December 25, 2009

Cinta Sejati

Kisahnye bermula begini. Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya.

Gadis : Perlahankanlah sikit moto nie.. saye takot la

Si Lelaki : Tak nak.. bawak laju-laju macam nie ler seronok...

Gadis : Tak.. tak seronok pun.. tolonglah.. saya takut sangat nie..

Si Lelaki : Kalau awak nak saya perlahankan motosikal nie.. awak kene kata awk cintekan saye dulu...

Gadis : Ok. Saya cintakan awak..cepat lah awak, perlahankan motor nie...

Si Lelaki : Ok.. sekarang awak peluk saya kuat-kuat...

Gadis : Yer la2...macam-macam la awak nie...


*si Gadis Memeluk Lelaki tadi dengan erat *

Si Lelaki : Awak.. boleh awak tolong tanggalkan topi keledar saya tak?? Kemudian pakaikan kat awak..Saya rasa tak selesa lah.. Nanti saya perlahankan motor nie yer....

*****

Dalam SURAT KHABAR keesokkan harinya :
Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek. Dua mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut, namun hanya satu daripada mereka terselamat.

Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si Lelaki telah mendapati yang brek
motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu...

Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan " Saya cintakan awak " dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya, dia juga memberikan topi kaledarnya kepada Si Gadis mengharapkan kekasihnya itu selamat... Walaupun itu bererti dia akan terkorban.

Jadi sekiranya ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang anda
cintakannya untuk selamanya sebelum terlambat...

0 uncomfortabler(s):

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails