Saturday, November 14, 2009

A Walk Down Memory Lane - Operasi mengambil rambutan

Operasi ini telah dirancangkan di awal semester tetapi
hanya boleh dilaksanakan di akhir semester atas sebab2 tertentu.

Dengan mengunakan pengalaman Johari
di Maha Store, operasi ni berjalan dengan lancar.

Sebahagian angota Kumpulan Uncomfortable10.
Kumpulan yang suka buat2 happening padahal tak happening pun..

Site Survey - Ini bertujuan memastikan tiada
Pak Guard atau anjing semasa activity dijalankan.
Eddy - "Line clear guys. I believe we can proceed"

Yan Iskandar seperti biasa. Leka.. Selalu nak berangan.
Attitude inilah yang menyebabkan Uncomfortable10 FC kalah
main bola.
Yan - "Alangkah baiknya Pokok Rambutan ni tumbuh kat hometown aku, Tawau"

Eddy telah memulakan activity dengan cuba menjatuhkan beberapa
biji buah pulasan.
Arafat - "Sikit lagi Eddy..Hah..jolok yang tuh"
Yan - "Yeap..sikit lagi tuh"
Eddy - "Blah lah korang. Banyak kerengga siot..korang ckp senang lah"

Eddy goes extreme by memanjat pokok.

Di masa Eddy busy menjatuhkan buah dari pokok,
ahli2 terhormat Unc10 mengambil peluang untuk mengutip,
mengumpul dan memakan rambutan.

Dianggarkan 70% buah rambutan yang gugur ke bumi telah selamat
ditelan oleh Yan, Affero, Safri and Arafat. Hanya yang buruk diletakkan di dalam plastik.

Anugerah Punggung Terseksi Unc10 jatuh kepada Arafat K.

Johari - "Safri, Masukkan buah ni dalam plastik"
Safri - "Itu buah rambutan muda lah"

"Budak2 ni mcm tak kenal aku je. Aku play safe lah.
Bawak balik dua plastik dalam bilik."

Jo cuba menjolok buah rambuatan dengan galah yang berukuran 20 meter.
Buah rambuatan yang cuba dijolok oleh Jo sebenarnya
boleh dipetik dengan tangan oleh budak berumur 3 tahun.

"Kamik orang sarawak. Kamik slalu makan buah"

Eddy cuba menge-check buah cempedak yang dijumpai Safri.
Unfortunately, buah itu telah ditebuk tupai.


Affero ternampak Mirul cuba mencari Johari dengan senjata tajam.
"Mana Jo, aku nak libas Jo"

Affero berlari cuba mendapatkan Eddy and Safri
dan menerangkan keadaan yang berlaku.

Eddy dan Safri dengan segera cuba menlindungi Johari
dari ancaman Mirul.
Safri : "Eddy, kita kena melindungi Jo. Dia je budak serawak yang kita kenal"
Eddy : "Ok..untuk Jo, aku sanggup buat apa sahaja. jo pernah take care of me masa aku demam"

Tiba2 Mirul muncul dan menerangkan perkara sebenar. Dia tiada bertujuan
untuk mencederakan Jo. As matter of fact, dia cuma ingin men-suap buah rambutan ke mulut Jo.
"Korang ni apalah..tak kan lah aku nk cederakan Jo. Dia tuh member
Need For Speed aku tuh.."

Activity ini berakhir dalam pukul 7pm. Dianggarkan hampir separuh budak Unc10 tak sembahyang Magrib disebabkan penat.

Hasil kutipan diaggihkan kepada penghuni2 K10.



Video (18SG) untuk tantapan umum. Ada unsur2 stunt oleh Arafat K.

video


10 uncomfortabler(s):

electroboy said...

hahahahahah... bodow la ko eddy. dah lama tak nampak mirul dalam blog ni

RaLf said...

eddy.. ko memang kuat berpanglipur lara la. video tu mmg smart la bro. aku mmg plan dgn mirul nk buat2 jatuh. tp tgk2 terjatuh lebih2 plak.

kaki aku berdarah time tu tp aku tak bgtau korg pun. takut korg risau kat aku nanti hehe.

The^Uncomfortable^Eddy said...

@Electroboy - aku tgh tension ngn kerja..membazir masa write blog lah..
3 jam jugak aku nk complete the story.

@Ralf - Ada satu lagi video yang kau cuba explain tntg kejadian tuh.tp malas upload lagi..simpan2 for next post..

RaLf said...

safri kurus sial time ni. lepas mkn rambutan curi terus gemuk haha..

zupi said...

gilak la... xpenah aku tau korg penag gi curik rembutan.. rugi korang xajak aku.. kalu aku ada aku panjat je pokok tu. sure korang sume leh jadi gemuk cam saf.. hahaha

The^Uncomfortable^Eddy said...

Arapapat
Safri masa tuh tengah frust bercinta..sebab tuh kurus..

Upek
Masa tuh kau dah kawin..kita orang tak berapa mesra ngn orang dah kawin,,

Rgds,
Uncomfortable^Eddy

yaN said...

gambar yg last 2 mmg horror la.. nice article eddy

electroboy said...

kalau korang tgk gambar first skali yg petak-petak tu.. sebenarnya jo lagi pendek dari mirul

RaLf said...

eddy.. aku tak menafikan bakat ko. klau buat artikel yg tak melibatkn pompan, cinta, hati n perasaan ni mmg ko power.

Claire Owen said...

-funny-

esp the video. ROTFL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails