Sunday, November 29, 2009

Unsung Hero :: Safri Mahmud

"A man can be a winner if he is willing to be a loser"
Dato' Izman Ibrahim
Chairman, Izman Foundsation

Kata kata dari Dato' Izman seperti di atas membuatkan diriku terfikir sejenak. Fikiranku melayang tinggi balik ke zaman universiti. Kata-kata di atas seolah olah menghimpunkan segala kenangan aku kepada seorang sahabat di UPM.

Ya, sahabat yang sanggup disepak, ditumbuk kerana mempertahankan wanita yang dicintai. Ya, sahabat yang rela dicaci, dihina dan dikutuk demi mempertahankan perdirian dan visi beliau. Ya, sahabat yang bersama Uncomfortable10 di masa susah dan senang.

Itulah dia Safri Mahmud (MOSA).

Gambar terbaru Mosa

Safri dilahirkan di Kuantan pada tanggal 28 March 1984. Dia dibesarkan di dalam keluarga yang senang. Pada umur 5 tahun, dia telah dihantar ke Tadika Uncle Wong.

Selepas itu, dia telah melanjutkan pelajaran SRJK (C) KUEN CHENG 1, Kuala Lumpur. Dibesarkan di dalam keluarga yang mementingkan pelajaran, Safri telah berjaya melonjakkan nama menjadi antara top student di sekolah.

Selepas itu, MCKK telah menjadi tempat persinggahan beliau untuk menuntut ilmu. MCKK telah menjadi batu locatan kepada Safri untuk mencapai cita2nya menjadi Satellite Engineer.

Safri di MCKK

Kemuncak pengembaraan Safri adalah di Universiti Putra Malaysia. Di sana, Safri telah bertemu dengan rakan2 baru beliau yang datang dari pelbagai kerenah, budaya dan taraf kehidupan.Sebagai seorang yang berfikiran jauh, Safri telah berjaya membawa kawan2 nya (Uncomfortable10) untuk mencapai kejayaan di dalam pelajaran.

Dia begitu active dalam persatuan2 di Universiti atau program2 di wujudkan oleh Uncomfortable10. Berikut adalah sedikit catatan tentang penglibatan Safri di Uncomfortable10.

Bendahari Uncomfortable10
Despite segalah tomahan dan cemuhan dari ahli, Safri telah berjaya menjadi the best bendahari for Uncomfortable10. Tanpa mengirakan balasan, dia berusaha siang dan malam untuk menjayakan acara2 Uncomfortable10.Kejayaan utama beliau ada apabila berjaya menguruskan percutian Uncomfortable10 di Perhentian.

Penulis (tiga dari kanan) bersama Safri dan ahli Kumpulan Umcomfortable10.


Ahli Umcomfortable10 bersantai hasil usaha Safri menguruskan percutian di Perhentian.


Umcomfortable10@Redang

Official Penjaga Gol for Umcomfortable10
Walaupun diberi tentangan sengit dari Affero, Safri masih mampu bertahan sebagai penjaga gol Umcomfortable10 . Dia telah berjaya menyelamatkan banyak cubaan dari pihak lawan dari menjaringkan gol. Pengalaman beliau sebagai penjaga gol Hoki di MCKK digunakan untuk menjaga gawang gol Umcomfortable10.

Safri cuba menaikkan semangat pasukan dikala pasukannya 'down'.


Arafat@Ralf with Penulis (kanan) selepas tumpas.


Jurulatih Uncomfortable10 FC dan juga pengasas Izuardi.net dan juga ahli Putera.com

Jurugambar Uncomfortable10
Disebalik kesibukan beliau, Safri masih mampu menjalankan tanggung-jawab sebagai official photographer for Uncomfortable10.

Gambar untuk kebanyakkan activity2 Uncomfortable10 telah diambil oleh Safri.

Safri & new SLR

Project Manager
Safri juga telah berjaya menjadi Project Manager yang terbaik untuk Uncomfortable10. Walaupun, dikatakan pengurusan beliau adalah tidak efficient, dia tidak memperdulikan kritikan2 itu. Dia cuba menangkis tomahan2 kejam ke atas beliau dengan bekerja lebih kuat. Hasilnya, dia telah berjaya menguruskan percutian Uncomfortable10 di Bali@Port Dickson.

Uncomfortable10 ber-enjoy bersama2.


Yan yang berenang dari Tawau ke Port Dickson.

Izuardi - The Malaysian's googler

Safri telah banyak berjasa kepada Uncomfortable10. Jasanya akan dikenang oleh ahli-ahli Uncomfortable10.

Penulis adalah salah seorang ahli seumur hidup Uncomfortable10. He can be contacted atuncomfortable10@yahoogroups.com.

2 uncomfortabler(s):

electroboy said...

habesla eddy, penat je ko taip.. nanti dia delete

electroboy said...

walaupun ego aku tinggi, tp aku betul2 rindu pada gelak dan tawa ko safri. safri.. please come back to us :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails