Tanggal keramat yang ditunggu-tunggu segenap ahli persatuan dirancang dengan teliti oleh Presiden Unc10, saudara Arafat Khalid a.k.a Apat. Dari pemilihan hadiah hinggalah penempatan sementara ahli persatuan yang rata-rata menghabiskan masa bersama di Condo milik abang Apat.
Seawal jam 6.30ptg, 12-Jun-09, ahli persatuan mula berkumpul untuk ke kediaman Apat yang terletak 15km ke barat daya Kuala Lumpur (aku belasah je ni...hehe) di Bukit Indah. Didahului dengan Safri yang pada mulanya sesat berdekatan dengan Ampang Point hinggalah kisah dua merpati sejoli Eddy dan Izuardi yang tersekat dek kesesakan lalu lintas di Shah Alam.
Namun, setelah Maghrib menyinggah dan Solat Maghrib diselesaikan. Kami mula beransur ke gerai makan berdekatan untuk menjamu selera. Selang beberapa minit, kelihatan kelibat Eddy dan Izuardi menghampiri kami. Kehadiran mereka disambut dengan "Assalamualaikum Bro" oleh saudara Apat. Masing-masing melabuhkan punggung dan mula berjenaka dan memesan makanan. Seperti yang dijangka, Eddy sentiasa menukar fikiran terhadap setiap pesanan yang dibuat, hinggakan Abe Kedai tersebut hangin dan tarik muka.
Setelah selesai, Saudara Apat, Eddy, Izuardi dan Safri mula mengorak langkah ke kediaman Apat untuk meletak bagasi dan komputer riba masing-masing. Tepat jam 11:30mlm, kami berempat bertolak ke Gombak untuk mengambil Yan.s yang sudah bersiap sedia untuk merempit dimalam Sabtu. Nak dijadikan cerita, didalam perjalanan kami ke kediaman Yan.s, kami terserempak dengan sepasang kekasih yang sedang hangat bermadu asmara. Eddy antara yang paling teruja hinggakan memaksa Izuardi (yg sedang memandu) utk sama melihat kejadian. Maaf sahaja, kamera kami tertinggal di kediaman Apat. Maka tiada gambar yg dapat dikongsi pada malam tersebut.
Aktiviti diteruskan dengan berjalan-jalan mencuci mata di "Downtown Danau Kota". Pasar malam ini saling tak tumpah seperti "Uptown Kota Damansara". Kebanyakan penjaja menjual barangan yg hampir sama dengan gerai-gerai yang lain. Maka tidak hairanlah, T-Shirt Polo idaman Eddy dijual dengan harga yg berbeza-beza diantara satu gerai dengan gerai yang lain.
Seperti biasa kami pulang dengan tangan kosong, tidak seorang pun yg membeli barangan di pasar malam tersebut. Kami lebih selesa melihat-lihat dan bergurau sesama sendiri di dalam kesesakan manusia. Kami terus mengorak langkah ke Bukit Indah dan sempat singgah di 7-eleven utk membeli sedikit jajanan dan Eddy dengan besar hatinya telah membeli burger ayam dan daging buat rakan dan taulannya. Thanks Eddy..hanya burger..
Menjelang awal pagi Sabtu, 13-Jun-09. Kelihatan ahli persatuan masih lagi nyenyak tidur. Tilam yg dihamparkan oleh saudara Apat nampaknyer sangat selesa. Kami tidur dengan nyenyak dan aman pada malam itu.
"Kami dihidang dengan air bandung yg sgt enak sambil disulam dgn kepulan asap rokok yg tidak menyihatkan"
"Keesokan harinya, kami ke Carrefoure utk membeli hadiah, hadiah berupa..jeng..jeng..jeng.."
"Kelihatan ahli sangat teruja menunggu hadiah perkahwinan Zupi dibalut"
"Sebahagian ahli Unc10 yang hadir. Sempat bergambar dihadapan dewan"
"Amirul diterbangkan khas dari Kota Seremban, kota keriangan..dengan menaiki Satria Neo SE CPS terbarunya"
"Eddy dan Izuardi..dua orang ahli persatuan yg terkaya setakat ini..Gaji tahunan mereka mencecah ratusan ribu ringgit..LHDN, sila cari mereka!"
"Amirul dan Arafat sedang menjamu selera"
"Bueeeekk - Jo cuba mengajuk"
"Eddy segak dengan Baju Batik yg dibeli kakak iparnya di Kota Bandung, Indonesia"
"Ketibaan Pengantin disambut dengan paluan kompang"
"Keesokan harinya, kami ke Carrefoure utk membeli hadiah, hadiah berupa..jeng..jeng..jeng..""Kelihatan ahli sangat teruja menunggu hadiah perkahwinan Zupi dibalut"
"Sebahagian ahli Unc10 yang hadir. Sempat bergambar dihadapan dewan"
"Amirul diterbangkan khas dari Kota Seremban, kota keriangan..dengan menaiki Satria Neo SE CPS terbarunya"
"Eddy dan Izuardi..dua orang ahli persatuan yg terkaya setakat ini..Gaji tahunan mereka mencecah ratusan ribu ringgit..LHDN, sila cari mereka!"
"Amirul dan Arafat sedang menjamu selera"
"Bueeeekk - Jo cuba mengajuk"
"Eddy segak dengan Baju Batik yg dibeli kakak iparnya di Kota Bandung, Indonesia"
"Ketibaan Pengantin disambut dengan paluan kompang"




















"Gambar Hiasan"
7 uncomfortabler(s):
byk2 gambar, gambar hiasan tu je yg paling aku suka.. lain kali letak smua la gambar hiasan.
sikit giler gambar.... takkan takde gambar eeddy yg burok.... hahahaa
"Kamek Sik Mauk Kawin Lagik..Kamek Mauk Jadik PlayboyK"
hahahha..ni paling lawak saf...
kau memang pendek lah jo..
hahahah
pesal takde org nk tuntut badge ni. mcm ni tak semangat la aku nk buat.
badge dh siap.. tunggu masa sesuai je utk publish.
tq.
update blog plsssssssssssssssssssssssssssss
shit la boleh tengok friendster myeda lagi
Post a Comment