Tuesday, May 12, 2009

Kronologi UnC10 di Penang

Hari Pertama (1 Mei 09)

Apat bangun seawal 7.30am.. Perkara yang jarang-jarang dilakukan Apat pada waktu cuti. Apat bersiap-siap utk menghadiri satu aktiviti tak rasmi anjuran UnC10. Selepas bersiap-siap Apat bergegas ke stesen LRT Kelana Jaya untuk diambil oleh Izuardi. Seperti yang dijanjikan, Izuardi datang tidak tepat pada waktunya. Tapi Apat tetap gembira dan mampu tersenyum melihat kereta Saga berhenti di depan Apat walaupun dalam hati Apat terasa ingin balik ke Ampang semula sambung tido.

Apat dan Izuardi bersama-sama ke rumah Eddy yang terletak di ceruk Shah Alam untuk diangkut bersama. Kedatangan mereka disambut meriah oleh Eddy dan mak kesayangan Eddy serta kakak ipar Eddy yang lawa tu.

Aktiviti pertama yang dilakukan mereka bertiga adalah sarapan jamak makan tengah hari di Paya Serai, Shah Alam. Kemudian mereka meneruskan perjalan ke Pulau Mutiara. Perjalanan mengambil masa selama 4jam plus jam plus berhenti rehat. Untuk menghilangkan boring di dalam kereta, Apat dan Izuardi bersama-sama menyanyi lagu KRU sambil mendodoikan Eddy yang terlena di belakang. Antara lagu lain yang popular sepanjang perjalanan dan diiktiraf sebagai official song trip kali ini antaranya Love Story nyanyian Taylor Swift dan Crush oleh David Archuleta (Eddy sebut Archelotte. bangang punya Eddy).

Eddy tido di belakang selepas didodoikan oleh Apat dan Izuardi.


Izuardi memandu dengan penuh sopan.


Kelajuan malar 120km/j yang dipandu Izuardi.


Apat sebagai co-pilot sekali-sekala mengambil alih tugas sebagai pemandu utama.

Tidak tepat jam 5, mereka sampai ke destinasi yang dituju. Tempat menanggak adalah di rumah turun temurun Izuardi. Untuk memendekkan cerita, lepas makan masakan ibu Izuardi, mereka terus ke bilik untuk merehatkan diri. Walaupun penat, Apat dan Eddy tidak lupa untuk mendirikan solat jamak zohor dan asar. Izuardi tak tau la sebab Izuardi di bilik lain.

Selepas jamak solat maghrib dan isyak, mereka memulakan aktiviti mereka melawat sekitar Penang. Aktiviti malam dimulakan dengan makan malam. Izuardi membawa Apat dan Eddy di tempat makan yang diberi nama Padang Brown. Apat mengorder sup ekor manakala Eddy order sup ayam. Izuardi pula dengan bongkaknya mengorder pasembur dan dikongsi bersama kawan-kawan.

Sup ayam dan sup ekor (RM10).

Pasembur Izuardi (RM5).

Malam masih muda.. Eddy dengan spontannya mencadangkan supaya mereka menonton movie. Mereka sebulat suara menonton X-Men Origins: Wolverine. Movie start jam 11.50pm. Untuk membuang masa, mereka jalan-jalan dulu di sekitar Penang walaupun pada masa itu jalan terlalu sesak. Tempat yang sempat mereka lawati adalah Padang Kota Lama. Tiada apa yang menarik yang dapat diceritakan. Yang ada hanya la couple-couple bertenggek di atas tembok. (Eddy: Apat.. bila la kita nak merasa mcm diorg tu?)

Masa masih terlalu awal.. Selepas membeli tiket, Izuardi membawa kawan-kawannya minum di Cosmic Leisure Cafe untuk membasahkan tekak mereka dan lepak-lepak menghabiskan masa sementara menunggu movie start. Bila masa yang dinanti-nantikan telah tiba, mereka terus bergegas ke Cathay Cineplex Prangin Mall. Durasi movie tersebut selama 107 min. Walaupun agak lama tapi berbaloi kerana cerita tersebut tidak membosankan. Cerita kat Penang memang best. Oleh itu, kepada sesiapa nak tengok movie, datang la ke Penang. Anda pasti tidak akan menyesal. (Gambit jambu sial!!).

Chocolate shake, kiwi shake, hot coffee (RM4.80 each).

X-Men Origins: Wolverine.

Selepas movie berakhir, mereka sudah kelihatan seperti orang mabuk kerana keletihan dan mengantuk. Mereka seperti orang baru balik dari clubbing sedangkan mereka hanya menonton movie. Mereke selamat sampai ke rumah ntah pukul berapa tak ingat. Begitu la kisah hari pertama UnC10 di Penang.

Hari kedua (2 Mei 09)

Eddy mengeset jam pukul 6.30am tapi Eddy bangun pukul 7.30am. Itu pun setelah puas dikejut oleh Apat. Pagi yang indah dimulakan dengan sarapan pagi yang disediakan oleh ibu kandung kesayangan Izuardi. Kemudian mereke bersiap-siap untuk meneruskan misi lawatan mereka. Tempat pertama yang dituju adalah Bukit Bendera. Tepat jam 10am mereka sampai ke destinasi dan terus berbaris membeli tiket. Availabelasi tiket kereta kabel pada masa itu adalah pukul 12.15pm. Tiket awal sudah abis dijual kerana ramai pelancong/pelawat telah tiba lebih awal daripada mereka.

Bergambar di pintu masuk Bukit Bendera.

Untuk tidak membuang masa begitu sahaja, mereka bercadang untuk pergi berjalan-jalan dulu. Izuardi membawa kawan-kawannya ke satu tempat rekreasi yang dinamakan Kebun Bunga. Meraka bukan la mat bunga kerana pergi ke tempat itu. Meraka hanya ingin menghabiskan masa sambil berjalan-jalan melihat bunga. Tetapi mereka tidak menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Mereka hanya bersembang-sembang sambil memerhatikan couple-couple bermesraan sambil berpegangan tangan. Mula la timbul di hati mereka rasa 'loser' yang tak dapat dibendung lagi terutamanya Eddy.
Bergambar di Kebun Bunga (takde bunga pun dalam gambar ni).


Mereka kembali ke Bukit Bendera setengah jam sebelum giliran mereka menaiki kereta kabel. Masa diisi dengan mengambil gambar dan berbual. Apabila masa yang dinantikan telah tiba, mereka dengan perasaan teruja terus berbaris menunggu giliran. Malangnya perasaan teruja itu terhenti seketika apabila mereka menjejakkan kaki ke dalam kereta kabel. Keadaan begitu sesak sehingga mereka terpaksa berdiri berhimpit-himpit. Perjalanan untuk sampai ke puncak Bukit Bendera mengambil masa lebih kurang 20min.

Keadaan mereka di dalam kereta kabel.

Tidak ada apa yang menarik di Bukit Bendera sebenarnya.. Hanya la pemandangan seluruh Penang yang dapat dilihat dari atas. Nasib mereka tidak la terlalu malang di situ kerana ketika itu ada satu pertunjukkan ular. Mereka sempat bergambar dengan ular-ular tersebut untuk dijadikan kenangan dan untuk tatapan rakan-rakan yang lain. Eddy mungkin meletakkan gambar Eddy bersama ular di dalam facebook Eddy untuk dijadikan umpan memancing ikan dengan harapan ikan akan berbangga dengan Eddy. Pengalaman turun dari Bukit Bendera adalah sama semasa naik ke puncak. Bezanya ada hot chick dalam gerabak mereka.

Makan jagung sambil jalan-jalan.


Bergambar bersama Yellow and Milo

Pemandangan Penang dari atas Bukit Bendera

Setelah tiba di kaki bukit, mereka terus ke kereta dan menuju ke Nasi Kandar Line Clear untuk makan tengah hari. Tempat ini merupakan tempat yang sangat popular di Penang dan merupakan tempat yang terdapat di dalam list harus pergi mereka. Indah khabar dari rupa.. itu lah pepatah y
ang sesuai dengan keadaan kedai yang tidak berapa memuaskan hati dan mata. Tapi semua itu telah dikaburi dengan rasa masakan yang boleh dikatakan "boleh la". Ada cerita yang tidak menyenangkan di sini tapi biar la rahsia. Tak baik menjatuhkan bisnes orang.

Hidangan Apat (RM7++), hidangan Izuardi (RM8++), hidangan Eddy (RM11++)
*harga termasuk harga air*

Keadaan kedai yang tak sesuai ditonton oleh ibu mengandung.

Tiada aktiviti susulan selepas makan. Mereka balik ke rumah Izuardi dan terus bergolek-golek di katil masing-masing. Walaupun penat, solat jamak zohor dan asar tetap ditunaikan. Jam 8.30pm, setelah selesai solat jamak mahgrib dan isyak, mereka bersiap-siap untuk makan malam dan ke Batu Feringgi. Apat yang seperti mahu demam pada malam itu berhajat untuk duduk di rumah sahaja. Namun tidak semudah itu, Eddy telah memaksa Apat supaya ikut serta aktiviti mereka pada malam itu. Akhirnya Apat tunduk pada pujuk rayu Eddy yang tiba-tiba berubah seperti perempuan memujuk ajak couple. Tujuan utama mereka ke Bukit Feringgi adalah untuk membeli DVD semata-mata. DVD yang berharga RM4 setiap satu adalah tidak keterlaluan jika dikatakan terlalu murah. Memang murah pun. Mereka memborong DVD memang tak ingat punya seperti hari itu adalah hari terakhir DVD berharga RM4. Eddy sampai pening nak muntah memilih DVD idaman kalbu.


Perjalanan diteruskan ke sebuah restoran popular diberi nama Kapitan untuk makan malam. Mengikut mitos Izuardi, restoran ini akan dikunjungi Agong sekali pada setiap bulan. Kesahihan mitos itu masih diragui Eddy sehingga sekarang. Apat tak kisah pun. Keadaan hujan yang lebat tidak langsung mematahkan semangat mereka untuk makan di situ kerana perut sudah lapar. Eddy kalau lapar memang tak boleh nak pikir. Makanan istimewa adalah nasi beriani clay pot.

Ni bukan clay pot ni.. ni iron pot. (RM7.50)

Langit tidak selalu cerah, hidup tidak selalu indah.. Eddy ditimpa nasib malang apabila kopi tarik yang diorder Eddy tertumpah sewaktu Eddy baru hendak mula menjamu makananya. Apat sibuk bermain message dan Izuardi berkelakuan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku untuk tidak menghilangkan mood percutian mereka. Setelah selesai makan, tanpa berfikir panjang mereka terus beransur pulang untuk merehatkan diri.

Keadaan Eddy yang malang. Nasib baik suar buruk dan murah.

Hari ketiga (3 Mei 09)

Pagi itu mereka bangun agak lewat kerana seharian penat berjalan. Demam Apat pun beransur pulih. Eddy pun tidak rasa pening lagi. Izuardi semakin sihat dan bertenaga walaupun tido lambat kerana layan Supernatural di malam hari. Hari terakhir dimulakan dengan sarapan pagi yang telah lama terhidang. Selepas makan mereka bersiap-siap untuk pulang ke rumah sewa/abang masing-masing.

Hari terakhir tiada tempat yang mereka lawati kerana mereka terpaksa bertolak ke KL awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang dijangka akan sesak pada sebelah petang. Walaupun tidak banyak tempat yang mereka lawati, tidak banyak aktiviti yang sempat dilakukan bersama, namun mereka tetap gembira terutama Izuardi kerana dapat berjumpa dengan keluarga yang jauh ditinggalkan Izuardi.

Walaupun aktiviti ini tidak rasmi, president tidak rasmi UnC10, Apat berharap aktiviti seumpama ini dapat dirasmikan oleh ahli-ahli yang lain untuk mengeratkan hubungan sesama ahli. Apat melihat kebelakangan ini, ahli-ahli semakin menyepi kerana masing-masing sibuk dengan kerja dan awek masing-masing. Next aktiviti rasmi adalah menghadiri majlis perkahwinan Zupi. Apat harap semua ahli lain dapat menghadirkan diri tanpa gagal dan lupakan awek-awek untuk seketika. Kalau nak bawak awek baru sekali pun dialu-alukan.

7 uncomfortabler(s):

j o j o said...

ahahah.. lawak sial... muka semua berminyak je dalam keta kabel... boleh buat roti canai dah...

electroboy said...

cite pakcik ahbeng potong queue beli tiket mana?

RaLf said...

bro.. panjang sgt la kalau aku nk citer smua. ni pun dh 2 mggu delay. nanti ko buat la deleted scene.

The^Uncomfortable^Eddy said...

hahaha
apat u are the man.
u r jambul..

@iz,
kau bangang lah..
sepatutnya ahbeng tuh kena beratur kat belakang..

@apat,
Cerita nasa beli 2 DVD je tak post ke?

RaLf said...

aku tak mampu utk mengingati smua kejadian2 sadis kita di Penang. korang ingat tolong la buat satu lagi extended entry.

zupi said...

blog yang penuh dengan duniawi.. hhahahahaaa.... apat last minit baru nak ajak aku.. sep gle.. hahaha....

RaLf said...

@zupi
hahaha biasa la ko. klau dh xde org baru kitorg ajak ko. aku ingat ko kat kedah.. lagi pun malas nk kacau ko. ko kan nk kawen hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails