
SERDANG - Gara-gara promoter sebuah syarikat telekomuniasi gagal memberikan penjelasan terperinci ketika mempromosi pek permulaan kad pascabayar, seorang kakitangan swasta mendakwa menjadi mangsa penipuan.
Mangsa, Shanti (bukan nama sebenar) mendakwa segala-galanya bermula ketika beliau bersama seorang rakannya berkunjung sebuah pasar malam pada 31 Oktober lalu dan terserempak dengan promoter syarikat tersebut untuk mendapatkan dua pek permulaan secara percuma.
Dakwa Shanti, ketika itu, beliau 'dipaksa' mendapatkan pek permulaan tersebut dan selepas bersetuju, promoter tersebut meminta beliau menyerahkan kad pengenalannya untuk dibuat salinan pendua.
"Masa itu saya tanya berkali-kali adakah saya perlu membayar apa-apa setelah memiliki pek permulaan ini tapi promoter itu beritahu saya tidak perlu membayar walau satu sen pun.
"Malah promoter itu beritahu saya akan dapat berbual selama 30 jam tanpa dikenakan sebarang caj sebaik sahaja saya aktifkan pek permulaan ini," katanya ketika ditemui semalam.
Cerita Shanti, sejurus pulang ke rumah dia cuba untuk mengaktifkan nombor tersebut namun gagal dan apabila beliau menghubungi operator penyedia perkhidmatan itu, Shanti dimaklumkan nombor tersebut hanya boleh digunakan oleh pemilik telefon tiga generasi (3G) sahaja sedangkan beliau tidak mempunyai telefon yang dilengkap kemudahan itu.
"Lebih mengejutkan saya perlu membayar caj sebanyak RM38 untuk setiap nombor ini. Saya tak pasti caj ini untuk apa kerana amat marah waktu itu tapi yang pasti saya dimaklumkan kedua-dua nombor ini telah didaftarkan atas nama saya," katanya.
.:: kosmo 9 November 08
2 uncomfortabler(s):
bodo pnya promoter.. Shanti (bukan nama sebenar) pun bodo.. senang2 je kena tipu. mesti muka dia mcm eddy.
bro,
aku tak paham..??
apasal kena pakai sim card tuh ngn hanset 3G je..
i mean, hanset biasa pun boleh..
Post a Comment